Pages

Tuesday 25 December 2012

..Resepi Pavlova..

Views


~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani~




 Hari ni (25 Dis) saya nak share dengan readers blog ni tentang Resepi Pavlova..
Sangat senang nak buat, sedap & comfirm jadi.. hehee.. 


..The beautiful & Marvelous Dessert..
..PAVLOVA..

Ok, mula2 kita start dengan Bahan2 dulu then, Baru cara2 dia k..
Saya susun bahan-bahan ikut turutan yang mana nak guna dulu.
So, senang korang nk rujuk nantikan.



Bahan-Bahan Maringue :
  • 4biji telur putih
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1 sudu kecil (tsp) esen vanila
  • 1 sudu kecil (tsp) cuka masakan
  • 1 sudu besar (tbs) tepung jagung


Cara-cara :
  1. Asingkan telur putih, masukkan dalam mangkuk mixer & putar dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi 'soft peak'.
  2. Masukkan gula castor sedikit demi sedikit & putar sehingga gula hancur dan sebati dengan telur tersebut.
  3. Masukkan 1 tsp esen vanila dan putar seketika. Kemudian, masukkan 1 tsp cuka masakan. (Teruskan memutar sehingga adunan menjadi berkilat dan bila mixer dianggkat, adunan akan menghasilkan bentuk seakan-akan tanduk).
  4. Akhir sekali, masukkan 1 tbs tepung jagung & kacau dengan menggunakan sudu.
  5. Lukiskan bentuk bulat diatas Pachment paper (kertas minyak) dan letakkan adunan di dalam kawasan yang telah dilukis tadi.
  6. Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 150 selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 140 selama 60 minit. Terpulang kepada oven masing2. Kalau maringue still melekit, panaskan lagi dalam 15minit tapi turunkan suhu.


Gambar penyediaan Maringue :
Telur putih dipukul sampai menjadi 'soft peak'.


Naaaa,, ni la tanduk yang diperkatakan tadi.. hehee..


Maringue yang telah diletakkan diatas kertas minyak.


Ni lah rupanya bila da ada dalam oven..



NEXT STEPS....


Bahan-bahan krim (Whiping Cream) :

  1. 1/2 cawan whipping cream. (kalau nak banyak, guna 3/4 cawan)
  2. 1 sudu kecil esen vanila
  3. 1 sudu gula.

Cara-cara :
  1. Masukkan kesemua bahan dan pukul menggunakan mixer sehingga adunan menjadi kental.  ( Bila kita terbalikkan mangkuk tu cream tersebut tak jatuh / mengalir).
  2. Letakkan krim atas maringue yang telah masak & ratakan.
  3. Hiaskan dengan buah mengikut kretiviti anda. SIAP..!


Potongan buah  boleh ikut kesukaan anda.


Ni cara saya decorate pavlova saya.
Tak cantik tapi boleh la makan. hehe




Tips penyediaan Pavlova :
  1. Semasa asingkan telur putih, telur putih tersebut tak boleh bercampur dengan telur kuning walaupun sedikit.
  2. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Sejukkan dulu dengan buka sedikit pintu oven dan biar sehingga sejuk. Then, baru cabut kertas dari merigue  perlahan-lahan.
  3. Tepung jagung tu kegunaan dia untuk nak bagi maringue tu 'crispy' (rangup) dibahgian luar. Bahagian dalam maringue lembut.
  4. Dalam penyediaan krim, masukkan mangkuk yang akan digunakan ke dalam bahagian sejuk beku peti sejuk. Bila mangkuk da sejuk, keluarkan & lap sehingga kering sebelum digunakan.
  5. Lepas siap hias pavlova tersebut, simpan dalam fridge sebelum makan ( untuk rasa yang lebih sedap).
  6. Pavlova perlu disimpan dalam keadaan sejuk untuk memgelakkan krim daripada cair.



--- SELAMAT MENCUBA---

No comments:

Post a Comment